BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 12 June 2014

PUNCA BERLAKU INFLASI

Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.Ia berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangka masa pendek.Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan.Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi untung yang lebih.

      Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat.Pengeluar akan memindahkan kos yang di tanggung kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan bagi mengekalkan keuntungan.

      Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran.Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan.Wang akan banyak di cetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan.Wang yang akhirnya menyebabkan Inflasi.Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

      Inflasi Pentadbiran Harga


Berlaku apabila terdapat hanya sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan,pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga.Jika pengeluar menggunakan kuasa itu,harga akan meningkat.Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksamembeli pada paras harga yang telah di tentukan oleh pengeluar atau pembekal.

MORE DETAIL
CONTACT 017-5095693/012-4019397

0 comments: