BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 16 June 2014

SEBELUM DAN SELEPAS BUAT PMB

Saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri.,Sebelum buat PMB memang saya ada buat bisnes lain secara kecil-kecilan.Terutama sekali bisnes jual tudung la..biasa la orang perempuan,mesti almost nak nampak cantik di mata suami.So bila saya terfikir macam ni,saya pun dapat idea nak mulakan bisnes tudung secara kecil-kecilan.Jual kat kawan-kawan,jualan online ni sikit-sikit ja,sebab saya tak boleh nak keluar-keluar pergi pos barang semua,di sebabkan masa rehat memang saya kena peruntukan sebaik mungkin,memandangakn tempat keja saya pun jauh dari rumah.1 jam kena darive dari rumah nak ke tempat keja.

Pendapatan bulanan dari gaji saya dan suami,memang cukup-cukup makan sahaja.Komitmen tinggi,perbelanjaan harian di tambah pula dengan kenaikan barangan keperluan memang semakin membebankan.Tapi alhamdulillah,sejak buat PMB saya dan suami tidak lagi mengalami masalah kekangan kewangan.Setiap bulan masih boleh menyimpan.Setiap bulan masih boleh bawa anak berjalan.Setiap bulan dapat dividen.Anda boleh pilih nak dividen berapa angka,3 angka,4 angka atau 5 angka..atau lebih dari itu.
Simpanan hasil menjual tudung di gunakan untuk buka akaun PMB.Alhamdulillah,dapat buka akaun 100g,setiap bulan dapat dividen 7%,dividen bulanan sahaja,tidak termasuk bonus-bonus lain yang di tawarkan oleh company.Selepas saya dan suami buat PMB,memang rezeki kami bertambah,rezeki makin murah,paling best dapat kenal ramai kawan baru,jumpa orang-orang yang sentiasa berfikiran positif,jumpa orang-orang yang sentiasa ingin berusaha untuk berubah.

Selepas join PMB saya dan suami dapat peluang pergi berjalan ke Shenzhen,China dan ke Hong Kong sambil melawat company Pegasus Bullion dan sambil melancong.Honestly,klu harapkan gaji kami,belum tentu kami akan sampai ke sana,sedangkan pendapatan bulanan yang tak berapa hanya cukup-cukup makan sahaja.

Kadang-kadang kita ni cakap ja nak berubah,tapi sampai orang yang ke 100 mai jumpa kita,share kat kita apa yang kita boleh buat untuk ubah nasib hidup kita,untuk ubah pendapatan bulanan kita..tapi di sebabkan sikap atau pemikiran kita yang selalu negatif..sikap sambil lewa..sikap endah tak endah.sikap nak tunggu tengok orang lain berjaya dulu,sikap nak tengok orang paling dekat dah kaya baru yakin nak buat sesuatu..semua ni memang punca kenapa anda masih di situ..kenapa anda masih xbergerak ke mana-mana.Masih dok tunggu durian runtuh atau bulan jatuh ke riba.

Sampai bila nak jadi Mat Jenin,dok berangan ja nak jadi orang berjaya,dok berangan nak jadi kaya,tapi langsung tak ada usaha untuk berjaya.Langsung tak dak tindakan untuk menjadi orang berjaya. .

0 comments: